Poco F2 Bakal Dilancarkan 12 Mei Ini


Poco baru saja mengumumkan secara rasmi melalui akaun Twitter mereka semalam bahawa Poco F2 bakal dilancarkan secara rasmi pada minggu hadapan bersamaan 12 Mei 2020. Mesti ramai yang menantikan telefon pintar keluaran Poco ini walaupun ia hanya pada spesifikasi pertengahan.


Melalui perkongsian berkenaan, Poco F1 telah dilancarkan pada 2018 yang lepas dan mendapat perhatian ramai serta peminatnya tersendiri. Poco F2 juga bakal mengikut jejak langkah Poco F1 serta hadir dengan pelbagai ciri menarik pada harga yang berbaloi gais.

Walaubagaimanapun, kita masih belum mengetahui bilakah tarikh pelancaran peranti terbaru Poco ini di Malaysia selepas ianya dilancarkan di seluruh dunia. Mesti ramai yang berharap Poco F2 ini akan dipasarkan seawal mungkin selepas pelancarannya nanti.

Sumber : Poco

+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar Poco di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media