Realme 6 Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,399

Posted on Monday, May 11, 2020 | 5/11/2020



Realme Malaysia baru saja melancarkan satu lagi variasi telefon pintar dibawah siri Realme 6 iaitu Realme 6 Pro untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini akan ditawarkan bermula 12 Mei nanti menerusi Lazada pada harga RM1,399 gais.

Realme 6 Pro ini didatangkan dengan skrin 6.6 inci bersama 90Hz refrrsh rate. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan SnapDragon 720G dan didatangkan bersama 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB. Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,300mAh bersama pengecasan pantas 30W menggunakan USB port type-c.

Untuk kamera belakangnya, ia hadir dengan empat lensa iaitu 64 megapixel sensor utama + 12 megapixel telefoto + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro. Untuk kamera hadapannya pula, ia didatangkan dengan dua lensa iaitu 16 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar.

Sumber : Realme Malaysia

+ Baca respon pembaca peminat telefon pintar Realme di Fcebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/11/2020

0 comments:

Loading...