Realme X3 Superzoom Akhirnya Masuk Malaysia, Boleh Zoom Sehingga 60X


Semalam secara rasminya Realme X3 Superzoom dilancarkan di pasaran Malaysia. Smartphone ini didatangkan dengan dua variasi iaitu dengan model 8GB RAM bersama 128GB storage ataupun 12GB RAM bersama 256GB storage.

Realme X3 Superzoom ini hadir dengan skrin sebesar 6.6 inci IPS LCD. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm SM8150 Snapdragon 855+. Bateri yang ditawarkan pada smartphone ini sebesar 4,200mAh bersama 30W fast-charging menggunakan USB port type-c.


Namapun Superzoom mestilah smartphone ini memfokuskan dari aspek kamera betul tak? Untuk kamera belakang, ia berkemampuan sehingga 60X zoom yang dilengkapi dengan empat lensa iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel telefoto + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro.  Untuk kamera hadapan pula hadir dengan dual kamera iaitu 32 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar.

Bagi sesiapa yang berminat dengan smartphone terbaru Realme ini, korang boleh dapatkannya bermula 2 Jun nanti pada harga RM1,999 bagi variasi 8GB RAM bersama 128 GB storage dan RM2,299 bagi variasi 12GB RAM bersama 256GB storage.

Kredit : GSM Arena | TechNave

+ Baca respon pembaca spesifikasi Realme X3 Superzoom di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media