Rossi 46 Dikatakan Bakal Bersama Yamaha SRT?

Posted on Tuesday, May 05, 2020 | 5/05/2020



Wow! Berita panas untuk peminat sukan permotoran motoGP ni. Ohmedia maksudkan tentang isu mengenai pelumba yang bakal menggantikan Fabio Quartararo dalam pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team untuk musim hadapan.

Persoalan ini timbul apabila pelumba pertama PETRONAS Yamaha SRT itu dikatakan sudah menandatangani kontrak untuk bersama Yamaha Factory Racing MotoGP untuk musim hadapan. Dengar cerita penunggang lagenda The Doctor Valentino Rossi yang akan mengisi kekosongan itu. Betul ke?

Jujurnya, kami mempunyai beberapa nama pelumba yang berada dalam radar kami pada tahun ini. Namun dengan tiada perlumbaan atau kemungkinan hanya 10 perlumbaan pada musim ini, kami tidak tahu apakah yang bakal berlaku. Ada perbualan hangat yang mengatakan Valentino Rossi bersama kami, ia boleh menjadi satu kemungkinan. Apapun buat masa ini, kami tidak tahu lagi. Kami perlu melihat kepada semua pilihan yang ada, mungkin pada Julai atau Ogos, kami perlu memuktamadkan mengenai pengganti Fabio. - Kata Datuk Razlan Razali.


Tidak kisah siapapun yang akan menggantikan team Malaysia, diharapkan ia dapat mengulangi kejayaan Quartararo yang telah mengejutkan ramai pihak selepas menjadi pelumba muka baharu terbaik kelas perdana dengan menamatkan saingan di tempat kelima dengan 192 mata.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan MotoGP di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/05/2020

0 comments:

Loading...