Samsung Galaxy A31 Kini Di Malaysia, Didatangkan Dengan Bateri Sebesar 5,000mAh


Samsung Malaysia baru saja mengumumkan telefon pintar baru mereka dibawah siri A iaitu Samsung Galaxy A31 telah memasuki pasaran Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat dengan smartphone di spec pertengahan ini, korang boleh dapatkannya pada harga RM1,099 jer gais.

Samsung Galaxy A31 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci AMOLED. Ianya dikuasakqan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P65. Untuk memorinya pula, ia hadir dengan 6GB RAM dan 128GB storage. Bateri yang ditawarkan pada model ini sebesar 5,000mAh bersama 15W fast charging menggunakan USB port type-c.

Untuk kamera belakang, ia dilengkapi dengan empat lensa iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar + 5 megapixel macro + 5 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapan pula didatangkan dengan 20 megapixel. Smartphone ini juga hadir dengan empat pilihan warna iaitu Prism Crush Black, Prism Crush Blue, Prism Crush Red dan Prism Crush White.

Kredit : GSM Arena | Nextrift

+ Baca respon pembaca peminat smartphone Samsung di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media