Samsung Galaxy Tab S6 Dilancarkan Di Malaysia, Memudahkan Pengguna Dengan Bateri Sebesar 7,040mAh

Posted on Thursday, May 28, 2020 | 5/28/2020



Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah membawa masuk sebuah tablet terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy Tab S6 Lite. Tablet ini akan dijual pada harga RM1,699. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan tablet terbaru ini di laman web rasmi Samsung Malaysia.


Samsung Galaxy Tab S6 Lite ini didatangkan dengan skrin bersaiz 10.4 inci. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Exynos 9611 bersama OS Android 10. Untuk memorinya, ia hadir dengan 4GB RAM bersama 64GB storage. Bagi bateri, ia dilengkapi 7,040mAh bersama pengecasan pantas 15W menggunakan USB port type-c.

Untuk kamera belakang, ia didatangkan dengan 8 megapixel dan untuk kamera hadapan pula adalah sebesar 5 megapixel. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan pada tablet ini iaitu Chiffon Pink, Angora Blue dan Oxford Grey. Apa yang menarik kalini, ia dilengkapi dengan sokongan audio AKG gais.

Kredit : Samsung Malaysia | GSM Arena

+ Baca respon pembaca tablet terbaru Samsung di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/28/2020

0 comments:

Loading...