Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Yang Perlu Diubah, Bukan Salahkan PKPB

Posted on Monday, May 04, 2020 | 5/04/2020



Bermula hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan dan menimbulkan kerisauan kebanyakkan individu termasuklah pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM). Sepertimana yang kita semua tahu, ekonomi negara kita sudah mengalami kerugian berbillion ringgit akibat wabak pandemik. Nak taknak ekonomi perlu dijalankan betul tak?

Inilah sebabnya PKPB dilaksanakan dan itu bukanlah apa yang dirisaukan, tetapi pasal sikap rakyat Malaysia. Kenapa dengan sikap rakyat Malaysia? Korang tahu tak apa salah segelintir rakyat Malaysia yang dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1, 2, 3 dan 4 yang lepas?


Ada antara mereka yang tidak bercakap benar dan mengatakan yang dirinya tiada risiko jangkitan padahal ada. Tak pasal-pasal beberapa staff kesihatan kena kuarantin disebabkan perangai yang tidak bertanggungjawab tu. Korang perlulah ada rasa tanggungjawab, tak salah pun cakap benar dan bukannya kena penjara pun. Semuanya untuk kebaikan korang dan semua rakyat Malaysia juga.


Memandangkan dah banyak premis yang akan dibuka bermula hari ini, tolong ikut SOP yang telah ditetapkan oleh premis tersebut. Sekiranya ada garisan untuk korang menjaga penjarakkan social antara satu sama lain, ikut! Jangan berdiri rapat-rapat semasa membeli barang keperluan. Tak susah pun gais.

Ada juga yang pertikaikan kenapa tak boleh balik kampung sebab kalau pergi ke tempat kerja juga berhadapan dengan ramai orang dan akan berisiko. Korang kenalah sedar dan faham konsep, korang nak makan apa nanti sekiranya tidak bekerja? Jadi itu adalah keperluan dan balik kampung itu hanyalah kemahuan! Kita pergi bekerja bukan untuk suka-suka ya gais, ingat tu!

Cubalah korang berfikir dan bayangkan, sekiranya si Labu menyembunyikan yang dia pernah ada contact dengan pesakit covid positif dan sepatutnya pergi membuat pemeriksaan di klinik tetapi dihiraukannya. Kemudian dengan selambernya pergi bershopping dekat Aeon Seremban disebabkan raya punya pasal. Bukan tu jer, siap singgah Tesco, Seremban Gateway dan sebagainya.


Beberapa hari lepas tu dia ada bergejala dan disahkan positif setelah pergi ke klinik. Betul menyusahkan! Korang rasa berapa banyak dah contact dia semasa dia merayau-rayau sebelum ni. Disebabkan satu individu yang berperangai begini, tak pasal-pasal banyak lagi kedai yang akan kena tutup!


Jadi, sentiasa berjaga-jaga dan mengikut apa yang telah diperintahkan gais! Kita masih belum menang dan hanya diberi kelonggaran sedikit atas faktor yang tidak dapat dielakkan seperti faktor ekonomi. Jangan pula nak salahkan kenapa perlu adanya PKPB, salahkan rakyat-rakyat yang tidak bertanggungjawab dan yang berdegil dekat luar sana tu!

Sumber : Posting di Twitter Oh! Media.

+ Baca respon pembaca sikap segelintir rakyat Malaysia yang perlu diubah di Facebook Oh! Media.









Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/04/2020

0 comments:

Loading...