Taman Tasik Titiwangsa DItutup Semula Selepas Terlalu Ramai Pengunjung

Posted on Thursday, May 28, 2020 | 5/28/2020



Akibat terlalu ramai pengunjung ke Taman Tasik Titiwangsa, taman awam itu akhirnya terpaksa ditutup serta merta hari ini 28 Mei 2020.

Perkara ini diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook rasminya bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Dimaklumkan bahawa Taman Tasik Titiwangsa ditutup sepenuhnya kepada awam bermula hari ini 28 Mei 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ini adalah untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 disebabkan pengunjung yang ramai di taman ini.

Walaubagaimanapun aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar taman atau sekeliling taman.
- Maklum DBKL.


Kredit: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan ini di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/28/2020

0 comments:

Loading...