Tegar Umum Berita Gembira, Bakal Jadi Seorang Bapa!


Korang masih ingat lagi tak ada video seorang penyanyi jalanan di negara seberang nyanyikan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadi tular di media sosial? Fuh, lagu tu pernah menghantui fikiran Ohmedia tau! Kah!

Kalau korang nak tahu, penyanyi yang bernama Tegar berusia 19 tahun itu sudahpun bernikah dengan pilihan hatinya, Sarah Shelka berusia 23 tahun pada 2 bulan lalu. Kini, isterinya disahkan hamil anak pertama.

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasangan ini kerana bakal menjadi seorang ibu dan ayah. Perkongsian itu telah dibuat oleh Tegar sendiri melalui Instagramnya, @tegar_official semalam.

Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadhan tahun ini Tegar di temenin isteri dan alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang Ayah.


OHMEDIA: HMM. MIMIN DAH TUA PUN TAK KAHWIN LAGI. ADA SESIAPA SUDI NAK JADI PASANGAN TAK? HAHA!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media