Xiaomi Melancarkan Redmi K30i 5G, Dijana Dengan Cip Snapdragon 765


Semalam, Xiaomi telah melancarkan sebuah smartphone terbaru mereka dibawah siri K30 iaitu Xiaomi Redmi K30i 5G di pasaran China. Model ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.67 inci IPS LCD. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada smartphone ini adalah Qualcomm SDM765 Snapdragin 765.

Untuk spesifikasi dalaman, model ini didatangkan dengan 6GB RAM dan 128GB storage. Xiaomi Redmi K30i 5G ni hadir dengan bateri sebesar 4,500mAh bersama pengecasan pantas 30W menggunakan USB port type-c.


Untuk kamera belakang, ia dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro + 2 megapiel makro. Untuk kamera hadapannya pula hadir dengan dua lensa iaitu 20 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman. Ia didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu biru, putih, merah dan purple.

Kredit : 91 Mobiles | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbawah dibawah siri Redmi di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media