Xiaomi Patenkan Smartphone Jenis Lipat Dengan Design Unik

Posted on Monday, May 25, 2020 | 5/25/2020



Memetik dari sumber gizmochina, sebuah paten smartphone lipat dengan design unik dari Xiaomi telah bocor. Imej paten berkenaan menunjukkan smartphone berkenaan hadir dengan sistem quad camera, disusun secara horizontal dimana ia dapat dipusingkan ke depan dan belakang untuk fungsi selfie dan fotografi biasa. Dikatakan smartphone lipat berkenaan ada hadir dengan kamera beresolusi 48MP.

Kelihatannya smartphone lipat Xiaomi ini mirip dengan Motorola Razr 2019 terutama cara smartpnone berkenaan dilipat yang pernah popular hampir sedekad lalu. Bagaimanapun yang membezakannya adalah ia hadir dengan paparan yang lebih bezel yang lebih kecil setiap sisi kecuali pada bahagian atas.

Sumber gambar dari gizmochina

Malangnya tidak banyak yang dapat didedahkan dengan paten imej, sama ada secondary screen akan diimplimen atau atau tidak pada bahagian belakang. Untuk hinge mechanism juga tidak ceritakan secara detail namun bagaimanapun hinge untuk patent ini dilihat seakan-akan seperti Galaxy Z Flip. Setakat sekarang ini tiada pengesahan rasmi dari Xiaomi sama ada mereka dalam rangka membangunkan peranti ini.


OHMEDIA: LEPAS SAMSUNG, KINI TURN XIAOMI PULA? SEJAUH MANA KEBENARANYA MEMANDANGKAN TIADA KENYATAAN RASMI DARI XIAOMI SENDIRI? JIKA BENAR, ADAKAH PERANTI BERKENAAN MAMPU MEMBERI SAINGAN KEPADA GALAXY Z FLIP?

Kredit: Gizmochina

+ Baca respon pembaca Xiaomi patenkan smartphone jenis lipat di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/25/2020

0 comments:

Loading...