3 Model Siri X50 Dari Vivo Datang Dengan Kemampuan Fotografi Menarik


Disebakan Vivo baru lancarkan tiga smartphone secara serentak dibawah siri X baru-baru ni, jom kita lihat spesifikasi smartphone tersebut dari model yang terendah dulu sehinggalah yang paling premium.

Vivo X50


Model ni didatangkan dengan skrin 6.56 inci OLED bersama 90Hz refresh rate. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Snapdragon 765G. Untuk memori pula ia hadir sehingga 8GB RAM dan storage sehingga 256GB gais. Bateri pada Vivo X50 ni berkapasiti 4,200mAh bersama 33W fast charging.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 48 megapixel Sony IMX598 tanpa gimbal + 13 megapixel potrait + 8 megapixel ultra wide + 5 megapixel makro. Kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel.

Vivo X50 Pro


Model pertengahan untuk siri terbaru X ni hampir sama dengan spesifikasi yang ditawarkan pada X50, cuma yang membezakan mereka ialah kapasiti bateri dan kamera mereka. Untuk bateri pada X50 Pro ni adalah sebesar 4,315mAh bersama 33W fast charging.

Untuk kamera utama pula dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 48 megapixel Sony IMX598 dengan penstabilan gimbal + 13 megapixel potrait + 8 megapixel telefoto + 8 megapixel ultrawide. Oh ya, model ini mampu melakukan zoom optikal sehingga 5X dan untuk zoom digital pula boleh sampai 60X gais. Pergh! Macam padu jer model pertengahan ni, belum lagi model yang paling premium betul tak?

Vivo X50 Pro+


Model yang paling Premium ni banyak bezanya gais. Vivo X50 Pro+ ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.56 inci OLED bersama 120Hz refresh rate. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah Snapdragon 865 bersama memori sehingga 12GB RAM dan storage sehingga 256GB. Bateri yang ada pada model ini sebesar 4,350mAh menggunakan 44W fast charging.

Apa yang menarik pada model ini mestilah dekat kamera dia betul tak? Untuk kamera utama, Vivo X50 Pro+ ni dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 50 megapixel Samsung GN1 yang dikatakan seangkatan dengan DSLR + 32 megapixel potrait + 13 megapixel telefoto + 13 megapixel ultrawide. Model ni juga mampu buat zoom optikal sehingga 5X dan zoom digital sehingga 60X. Untuk kamera hadapan, ia hadir dengan lensa sebesar 32 megapixel.

Bagi sesiapa yang berminat dengan model-model terbaru dibawah siri X ni mohon bersabar ya. Tunggu masuk Malaysia nanti cepat-cepat Oh! Media kongsikan dekat korang nanti okay.

Kredit: Vivo

+ Baca respon pembaca 3 model smartphone terbaru Vivo dibawah siri X di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media