Adakah Dibenarkan Melewatkan Solat Isyak Kerana Ceramah Agama?

Posted on Thursday, June 04, 2020 | 6/04/2020





SOALAN


Ohmedia perasan sebelum ini terdapat masjid yang mengadakan ceramah agama selepas solat maghrib akan melewatkan sedikit waktu solat isyak sehingga terlajak ke jam 10 malam Oleh yang demikian, adakah kita dibenarkan untuk melewatkan waktu solat isyak bagi memberi ruang sehingga ceramah agama selesai?

JAWAPAN 


Yang afdhal bagi solat subuh dan zuhur dan asar dan maghrib ialah solat pada awal waktu yaitu selepas masuk waktunya.

Ada pun solat isyak maka harus dan kata setengah ulamak sunat dilewatkannya sehingga tengah malam yakni jika dikerjakannya pada awal waktu yaitu afdhal dan jika berhajat kepada dilewatkannya maka yaitu afdhal.

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda :

لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم أن يؤخروا العشاء إلى ثلث الليل ، أو نصفه
Artinya : “Jika tidak memberatkan atas umatku nescaya aku perintahkan mereka melewatkan solat isyak hingga satu pertiga malam atau separuh malam.” (Hadith Riwayat Tirmizi & Ahmad)

Dan pada Riwayat Jabir r.a. :

والعشاء، أحيانا يؤخرها وأحيانا يعجل
Artinya : "Adalah Nabi saw solat isyak itu adakalanya dilambatkannya dan adakalanya disegerakannya.” (Riwayat Bukhari)


Kesimpulan


Jika tiada apa-apa yang dihajatkan dan jemaah sudah ada maka afdhal solat isyak dikerjakan pada awal waktu.

Ada pun jika ada hajat seperti lambat keluar orang-orang ke masjid atau ada majlis diadakan maka afdhal atau harus dilewatkannya sehingga ke separuh malam.

wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca adakah dibenarkan melewatkan solat isyak kerana ceramah agama di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/04/2020

0 comments:

Loading...