Air Wuduk Dijual Di Online Shopper, Undang Reaksi Netizen!


Sejak berlakunya pandemik, beberapa negara telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sehingga segala aktiviti ekonomi misalnya perniagaan dihentikan, sebelum beralih kepada platform digital seperti Lazada dan Shopee. Ramai yang mula memanfaat dua online shopper ini untuk mencari rezeki.

Tapi kami tidak sangka ada penjual yang menjual air wuduk pada online shopper berkenaan. Air wuduk berkenaan dijual sekitar RM5. Perbuatan ini telah mengundang reaksi netizen kerana air wuduk tidak perlu dibeli pun kerana boleh didapati dirumah masing-masing.

Sumber dari Twitter @txtdarionlineshop
Paling tak masuk akal bila peniaga berkenaan dikatakan overclaim air wuduk berkenaan kerana dikatakan mampu untuk mencerahkan kulit wajah, membantu mengurangkan tanda penuaan, mencegah mengantuk dan membuatkan wajah kekal lembab.

Peniaga juga siap memberikan jaminan bahawa air wuduk yang dijual adalah 100 peratus original dan turut menawarkan pengembalian wang sekiranya didapati ia palsu.

Kredit: Harian Metro

OHMEDIA: TAKPALAH AS LONG ADA PERMINTAAN, JUAL JE. TAPI TAK PERLU SAMPAI OVERCLAIM, SIAP CAKAP KURANGKAN TANDA PENUAAN BAGAI.

+ Baca respon pembaca air wuduk dijual di online shopper di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media