Amazon Terbocor Harga Sebenar PS5 & PS5 Digital Lagi! Harga Mampu Milik?

Posted on Friday, June 19, 2020 | 6/19/2020



Amazon sekali lagi secara tak sengaja terbocorkan harga bagi Sony PlayStation 5 dan kemudian memadamnya semula, tapi sempat dikesan oleh pengguna. Jadi berapa harga sebenar PS5 ini?

Nampaknya harga anggaran yang dikeluarkan oleh OMG Gaming Esport sebelum ini menepati ramalan apabila harga yang terbocor adalah pada sekitar 399€ bagi PS5 Digital dan 499€ bagi PS5.


Jika kita tukar kepada Ringgit Malaysia, harga anggaran bagi 2 jenis peranti ini adalah pada sekitar RM2,404.18 dan RM1,921.11.

Ini adalah kejadian kali kedua kebocoran harga ini berlaku yang sebelum ini Amazon hanya mengatakan ia hanya sekadar gurauan. Bagaimanapun, detail yang dipamerkan oleh Amazon kali ini lebih lengkap.

Untuk pengetahuan korang, Amazon memang akan menguji paparan iklan mereka sebelum dipamerkan kepada umum. Tetapi atas sebab kesilapan teknikal, mungkin ia telah terdedah sehingga pelanggan boleh melihatnya.

Pengguna sosial media Ben Geskin antara yang terawal berjaya mengambil paparan skrin terbabit.


Bagi pandangan Ohmedia, jika Sony memutuskan penjualan PS5 pada harga yang terlalu tinggi, ia kesilapan yang besar! Jika dulu sony hanya harapkan keuntungan dari penjualan console dan penjualan game fizikal. Sekarang mereka sudah boleh dapatkan keuntungan dari medium digital.

Ini memandangkan, ramai pemain yang sudah selesa dengan pembelian secara digital dengan tawaran permainan percuma setiap bulan. Jadi Sony perlu pastikan lebih ramai mampu memiliki PS5 jika nak lebih untung dan sudah pasti perlu lawan harga pesaing juga iaitu Xbox. Haha!

OHMEDIA: APA PANDANGAN KORANG TENTANG HARGA YANG TERBOCOR INI?

+ Baca respon pembaca yang nak beli PS5 di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/19/2020

0 comments:

Loading...