Apple Datangkan 3 Pilihan Warna Baru Untuk Silicone Case & Apple Watch Strap


Mesti ada antara korang yang sukakan aksesori-aksesori dari Apple ni kan? Bila pakai barang original ni lain sikit rasanya betul tak? Baru-baru ini, Apple menambah pilihan warna Silicone case untuk iPhone 11. 11 Pro dan juga 11 Pro Max. Bukan tu jer, strap untuk Apple Watch pun korang boleh dapatkan dengan pilihan warna baru gais.


Untuk silicone case, Apple beri tiga pilihan warna baru untuk korang pilih iaitu Seafoam, Vitamin C dan Linen Blue. Lembut jer warna baru ni dan Ohmedia suka betul tengok warna Linen blue tu, memang lawa gais!


Untuk strap Apple Watch pula, ia hadir dengan 4 pilihan warna iaituSeafoam, Vitamin C, Linen Blue dan Coastal Grey. Bagi pengguna Apple yang berminat dengan semua pilihan warna untuk aksesori Apple ni boleh pergi ke Apple Store Malaysia.

Kredit: Apple Store

+ Baca respon pembaca warna terbaru untuk aksesori Apple di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media