Azlee Khairi Akui Bercinta Dengan Usahawan Kosmetik


Pelakon drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi Zulah Hainee atau lebih dikenali sebagai Azlee Khairi berusia 31 tahun mengakui sedang bercinta dengan usahawan kosmetik sejak tahun lalu.

Menurut Azlee, dia masih belum mempunyai perancangan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga usahawan kosmetik tersebut yang dikenali sebagai Aniss berusia 22 tahun.

Kami mula berkenalan sudah lama iaitu ketika awal-awal saya membuat kemunculan semula tahun lalu. Apabila makin hari makin ada keselesaan dalam berkawan. Cuma, saya memang takkan teruskan hubungan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga Aniss sendiri. Bercinta tu sebenarnya macam tak tahu bila muncul. Saya akan berjumpa dengan keluarga Aniss dulu dan mendapatkan persetujuan. Buat masa sekarang apabila bersembang dalam telefon memang positif. Tapi nak kena bercakap bertentang mata juga. Orang kata 'man to man talking' itu lebih bagus. Ye perkahwinan sudah biasa. Sebab itu saya terbuka dalam soal perhubungan. Cuma saya tak nak lebihkan peribadi dalam kerjaya yang saya baru ceburi balik ini. Aniss juga tahu perkara ini dari awal perkenalan lagi. Sebab itu dia tidak mahu paksa saya untuk bercerita mengenai kehidupan saya yang lalu. Apa yang saya cerita itu pun dari semasa ke semasa yang saya selesa untuk bercerita dengan dia. Apa pun, saya tetap akan fokus kerjaya sama juga macam mana matlamat saya masa mula masuk semula bidang lakonan.

Kalau korang nak tahu pasangan ini mendapat respon positif daripada keluarga Aniss tau!? Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah. Tak sabar nak tengok Azlee kahwin. Hehe.

OHMEDIA: AGAK-AGAK SIAPALAH GADIS YANG DAPAT MENCURI HATI AZLEE KAN? KORANG JANGAN PATAH HATI OKAY!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media