Bukit Broga Ditutup Selama Dua Minggu


Beberapa hari yang lalu telah tular beberapa gambar keadaan di Bukit Broga yang terletak di Semenyih dibanjiri dengan orang ramai yang ingin berekreasi di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, tempat itu diarahkan tutup daripada sebarang aktiviti pendakian selama dua minggu mulai 27 Jun ini kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020. Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan. -kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah

Fuh! Tak dapatlah korang nak pergi hiking Bukit Broga lepas ni. Sabar sikit gais! Tunggu dua minggu jer, yang penting kena patuhi SOP yang telah ditetapkan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

OHMEDIA: KITA MESTI MENANG!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media