CIP Bantu Syarikat 'Start Up' Pacu Kemampuan

Khairy (tengah) bersama Amzad (kiri) menerima cenderahati dari pihak Cradle. 


Oleh AHMAD SABRI YUSOF

KUALA LUMPUR: 21 Jun- Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim memaklumkan, pelancaran dua program baharu  Cradle Investment Programme (CIP) iaitu CIP IGNITE dan CIP ACCELERATE oleh Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin, 19 Jun lalu dapat mencipta peluang pekerjaan lebih banyak dan menyumbang pertumbuhan positif ekonomi negara.

Jelasnya, dengan pelancaran itu Cradle komited untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membantu syarikat teknologi memanfaatkan sepenuhnya inovasi yang dibangunkan CIP.

Dalam kunjungan bersama Khairy ke Pejabat Cradle Fund Sdn Bhd, pihaknya diberi penerangan terperinci oleh pihak Lembaga Pengarah Cradle Sdn Bhd, berkenaan fungsi dan peranan Cradle.

"Ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja kedua-dua Menteri ke jabatan dan agensi di bawah seliaan MOSTI.
Barisan kepimpinan MOSTI bergambar di Cradle.

"Dalam sesi lawatan itu, satu sesi taklimat telah dijalankan bagi memberikan penerangan yang lebih terperinci berkenaan fungsi dan peranan Cradle serta impak Cradle Investment Programme (CIP) terhadap pembangunan ekonomi negara dan sektor syarikat teknologi peringkat awal di Malaysia," katanya dalam satu hantara di Facebooknya, semalam.

Hadir sama pada kunjungan itu, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir dan Timbalannya, Dr Mohd Nor Azman Hassan.

Tambah Amzad, CIP IGNITE menawarkan geran bersyarat dan bantuan nilai tambah sehingga RM500,000 kepada syarikat teknologi pemula (start-up), PKS tempatan serta syarikat terbitan universiti dan institut penyelidikan.

"CIP ACCELERATE pula menyediakan dana sehingga RM2,000,000 dan bantuan nilai tambah yang khusus untuk syarikat pemula teknologi tinggi dan syarikat terbitan universiti serta institut penyelidikan," jelasnya yang menyifatkan peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi organisasi yang layak.





Sumber: teganukita.net