Ciri-Ciri Baru Yang Menarik Pada iOS 14 Ni Akan Buatkan Korang Tak Sabar Nak Download!


Baru-baru ini Apple telah mengumumkan iOS 14 yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan ataranya adalah kemaskini widgets, messages baru, Maps, Safari app, Translate, kemaskini Siri, perbaiki Car Play yang sedia ada dan App Clips.

Kalau dulu mungkin 1,000 iPhone yang berlainan akan tetap nampak sama interface mereka tapi dengan iOS 14 ni semuanya akan berbeza, dah lama sebenarnya Ohmedia tunggu widgets ni ada dekat Apple dan setelah sekian lama, akhirnya Apple buat juga!

Ada lagi ciri-ciri yang tidak diumumkan Apple semasa pengumuman tersebut dan dibawah ini mungkin antara features baru yang memang korang dah lama nantikan.

Widget stacks


Korang dah boleh letakkan widget kegemaran korang di skrin utama gais. Bukan tu jer, korang juga boleh custom widget stack mengikut citarasa sendiri.

App Library

Semua aplikasi yang korang download akan berada di dalam App Library. Tapi kalau korang sukakan skrin utama yang sebelum ni pun tiada masalah untuk keluarkan semua aplikasi ke skrin utama macam yang sebelum ini.

Power reverse untuk Car Keys


Mesti korang tertanya macam mana nak start kereta nanti bila bateri iPhone korang mati dan secara tak langsung masa tu korang lupa nak bawa kunci kereta kan? Korang dah tak perlu risau sebab power reverse ni akan membolehkan korang menggunakan iPhone lagi sebagai kunci selama 5 jam selepas bateri iPhone korang tu habis.

Ciri Camera


Apple telah meningkatkan prestasi kamera dengan kelajuan 90% lebih laju kita snap gambar. Untuk membuat potret pula lebih cepat 25% dari yang sebelum ini. Ciri ini hanya ada pada iPhone 11 Pro Max jer! 

Penambahbaikan Safari

Kini Safari akan menyokong terjemahan teks pada laman web yang tidak asli. Bukan tu jer, Safari pada iOS 14 ni juga menggunakan enjin baru dari JavaScript yang lebih laju JS performance'nya berbanding Chrome pada Android gais.

Headphone Accommodations

Features ini berfungsi di AirPods Pro, AirPods, EarPods, Powerbeats, Powerbeats Pro dan Beats Solo Pro untuk menyesuaikan tindak balas frekuensi dan menguat suara yang lebih lembut bagi mereka yang sukar mendengar.

Kemaskini Keyboard

Korang dah boleh search jer apa emoji yang korang nak guna tanpa slide satu-satu untuk cari. Senang giler!

Ciri Privacy

Korang boleh memberi akses kepada sesuatu aplikasi untuk mengambil gambar korang dari photo library dengan apa yang telah dipilih jer dan bukannya secara keseluruhan.

Ciri baru Airpods


Kini Airpods akan memberikan korang amaran sekiranya bateri perlu dicas. Apple juga ada memperkenalkan Airpods Pro Motion API baru yang sesuai untuk aplikasi, permainan dan banyak lagi.

Kemaskini FaceTime

Korang dah boleh FaceTime walaupun berada dalam aplikasi yang lain. Bukan tu jer, FaceTime juga dah tambahkan kualiti yang lebih tinggi keapda 1080p pada sesetengah device. 

Banyak lagi features menarik yang Apple telah upgrade, tapi yang paling Ohmedia tertarik sekali bab widgets tu! Tak sabar pula nak tunggu iOS 14 ni rasmi nanti. Kalau korang nak cuba dulu untuk menggunakan iOS 14 ni, boleh pergi ke https://betaprofiles.com untuk cuba ya! 

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca pengguna iOS di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media