Dah Bersedia Dengan Siri Huawei Nova 7 5G Terbaru Pada 19 Jun? Download Aplikasi Kegemaran Secara Mudah Melalui Huawei AppGallery!

Posted on Monday, June 15, 2020 | 6/15/2020



Tak lama lagi Huawei siri nova akan kembali lagi dengan lebih hebat dan bergaya. Smartphone terbaru dari Huawei ini dilengkapi dengan Huawei AppGallery yang merupakan aplikasi mudah alih ketiga paling terbesar gais. Apa yang korang perlu buat adalah manfaatkan siri nova 7 terbaru ini dengan Huawei AppGallery untuk cari semua aplikasi yang korang nak pakai. Pergh! Dengan harga bermula RM1,499 jer korang dah boleh dapatkan smartphone 5G yang paling berpatutan di Malaysia.

Terokai aplikasi yang sedia ada dengan Huawei AppGallery


Korang boleh dapatkan semua benda di rumah hanya dengan smartphone jer gais. Nak cari maklumat, scroll media social atau bermain game semuanya korang boleh buat dengan HUAWEI siri nova 7 ni. Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan dengan aplikasi yang ada di Huawei AppGallery pada siri nova 7 terbaru ini. Korang boleh dapatkan aplikasi Di Huawei AppGallery untuk berinteraksi dengan kenalan korang seperti WhatsApp, Facebook, Tiktok dan banyak lagi.

Dengan HUAWEI siri nova 7 ni, korang boleh shopping hanya di rumah jer dengan e-commerce platform untuk membeli semua keperluan harian dan makanan dalam satu aplikasi jer gais dan dihantar terus ke pintu rumah. Korang boleh dapatkan aplikasi e-commerce di Huawei AppGallery seperti Shopee, Lazada dan Caring.

Bukan tu jer, korang boleh layan video, drama dan game kegemaran korang juga dengan Huawei nova 7 terbaru ni. Bagi penggemar K-drama tu bolehlah tengok cerita kesukaan korang tu sambil duduk dalam selimut, kah! Bagi yang tak suka tengok rancangan TV pula, korang boleh layan game dengan pengalaman yang menarik gais. Aplikasi yang korang boleh dapatkan di Huawei AppGallery untuk hiburan ialah HUAWEI Video, Viu, dimsum dan lain-lain.

Huawei AppGallery: Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran


Pengguna Huawei juga boleh dapatkan ganjaran dengan menggunakan aplikasi yang ada pada Huawei AppGallery jer. Jangan risau sebab AppGallery ni selamat untuk digunakan kerana mempunyai perakuan CC EAL5 dengan keselamatan terbaik. Semakin banyak aplikasi yang korang install, semakin banyak Huawei point yang akan dapat. Korang boleh gunakan Huawei ID untuk tebus hadiah menarik di pusat Huawei AppGallery Gift.

Peminat Huawei sukakannya! Dengan setiap pembelian HUAWEI Nova 7 SE, korang juga dapat ganjaran untuk kenyangkan perut dengan makanan yang sedap bernilai sehingga RM1,000 gais dengan rakan kongsi mereka seperti Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Texas Chicken, Puma, Air Asia BIG, Free Fire dan banyak lagi. Bukan tu jer, siap ada cabutan bertuah lagi untuk semua pengguna Huawei untuk memenangi hadiah menarik gais.

Kalau tak percaya korang boleh cuba aplikasi Huawei AppGallery ni sekarang dengan HUAWEI nova 7 ini. Dah lebih 390 juta pengguna bulanan yang menggunakannya di mana-mana smartphone dan tablet HUAWEI. Jadi, korang boleh download aplikasi menarik dengan selamat pada bila-bila masa di semua device korang tu. Bukan tu jer, korang juga akan dapat 50GB Huawei Cloud Storage selama 12 bulan secara percuma gais.

Tiada aplikasi? Tiada masalah dengan adanya FindApps

FindApps ni akan bantu korang cari aplikasi dengan laman web rasmi pihak ketiga atau di AppGallery untuk muat turun seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi.

Dalam AppGallery tu korang boleh dapatkan banyak aplikasi. Kalau takde pun tak perlu risau sebab Huawei Browser atau third-party app stores seperti Aptoide atau Aurora Store dapat bantu korang untuk download APK.

Huawei Phone Clone


Tak kisah sama ada korang pengguna Android ataupun iOS, Huawei Phone Clone ni mampu serasi kan korang tanpa mengira jenama yang korang pernah pakai dulu gais. Korang boleh download aplikasi percuma dari Google Play ataupun App Store di HUAWEI Phone Clone ni.

Apa yang bestnya, korang boleh transfer gambar, video, contact dan fail lain yang penting tu dengan mudah dan selamat secara pantas dengan kelajuan 1GB per minit jer gais.

Bukan tu jer, korang tak perlukan internet dan data pun untuk tranfer semua benda. Hanya perlu scan QR kod jer untuk pindah semua data ke telefon baru.

Korang boleh pindahkan semua benda dalam telefon lama korang tu dengan aplikasi HUAWEI iaitu Phone Clone ke smartphone baru HUAWEI korang nanti. Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut!


Banyak lagi ciri menarik yang korang boleh dapatkan pada Huawei Nova 7 terbaru ni selain kemudahan yang ada pada AppGallery. Ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, sila layari: https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/


Banyak lagi benda menarik yang ada pada smartphone ni gais! ini juga antara sebab kenapa korang kena dapatkan siri smartphone Huawei Nova 7 ini!

Huawei Nova 7 ini dilengkapi dengan beberapa ciri mengagumkan sebab ia didatangkan bersama paparan IPS Full HD +. Smartphone ini dikuasakan dengan cipset Kirin 820 5G bersama quad kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra wide + 2 megapixel makro + 9 megapixel periscope. Huawei AppGallery juga sudah lengkap berbanding sebelum ni sebab korang dah boleh dapatkan pelbagai aplikasi kegemaran korang di situ.

Bukan tu jer, korang juga boleh menggunakan beberapa features menarik Huawei yang menyokong mod video dual-view, Huawei Share dan MeeTime bersama siri Nova 7 ini. Korang diberi pilihan dengan 3 warna yang sangat menarik iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Korang boleh tengok video di bawah untuk maklumat lanjut tentang Huawei siri Nova 7 ni.


Overall memang Ohmedia puas hati giler dengan Huawei Nova 7 terbaru ni. Jika berminat, korang boleh pergi ke Huawei Shop untuk dapatkan smartphone 5G yang paling berpatutan keluaran Huawei ni.











Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/15/2020

0 comments:

Loading...