Hans Isaac Pulangkan Semua Gaji Pengerusi FINAS, Bantu Golongan Penggiat Seni Yang Terjejas


Datuk Hans Isaac yang merupakan bekas Pengerusi Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebelum ini telah bertindak memulangkan semua gaji dan elaun yang diterima sepanjang 13 bulan memegang jawatan berkenaan kepada mereka yang berada dalam industri hiburan yang terjejas akibat pandemik.

Hans Isaac menjelaskan bahawa sejak mula menjadi pengerusi, beliau tidak mengharapkan apa-apa dari FINAS termasuklah gaji dan elaun. Tambah beliau, penggiat seni yang terjejas akibat pandemik boleh datang menemui beliau untuk memohon bantuan darinya.

Beliau berkata, Hans mengakui dirinya bukan ‘orang politik’, menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan sehingga menjadi sasaran ditekan oleh beberapa persatuan. Jelasnya lagi, ketelusan beliau dalam melakukan kerjanya menyebabkan dirinya kurang disenangi oleh segelintir pihak.

Sumber gambar dari Sinar Harian
Baginya, industri kreatif tidak boleh dibabitkan dengan politik. Jadi apabila beliau ditamatkan kontrak, beliau tidak kisah akan perkara berkenaan bahkan sudah dijangka. Untuk info, Hans Isaac dilantik menjadi Pengerusi FINAS pada 8 April tahun lalu dan ditamatkan kontrak pada 23 Mei lepas, digantikan dengan Zakaria Abdul Hamid.

OHMEDIA: KALAU DAH CAMPUR DENGAN POLITIK, MEMANG TAK KEMANALAH INDUSTRI HIBURAN KITA JAWABNYA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Hans Isacc pulang semula gaji sebagai Pengerusi FINAS di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media