Hukum Membawa Anak-Anak Ke Masjid

Posted on Tuesday, June 09, 2020 | 6/09/2020




SOALAN

Ohmedia dapat rasakan selepas ini ramai umat islam di Malaysia kembali untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid selepas mendapat kebenaran dari kerajaan. Oleh yang demikian, pasti akan ada ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pergi ke masjid. Jadi, apakah hukum ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid?

JAWAPAN

Harus hukumnya membawa kanak-kanak masuk ke dalam masjid yang bukan bertujuan untuk bermain-main di dalamnya.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arba’ah :

فيجوز ادخاله فيه ان لم يتخذه ملعبا والاحرم. إھ
Artinya : “Maka harus hukumnya membawa masuk kanak-kanak di dalam masjid jika bukan bertujuan untuk bermain-main. Dan jika tidak maka hukumnya haram.”


Maksudnya ialah bukanlah ibu bapa membawa anak-anak ke masjid supaya anak-anak bermain di dalam masjid tetapi supaya anak-anak mereka solat bersama atau supaya duduk mereka sementara ibu bapa mengerjakan solat atau mendengar ceramah.

Bahkan para ulamak menggalakkan disuruh akan kanak-kanak selalu datang ke masjid supaya mereka membiasakan diri dengan masjid.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini :

قال الشافعي والأصحاب: ويؤمر الصبي بحضور المساجد وجماعات الصلاة ليعتادها
Artinya : “Telah berkata oleh Imam Syafie dan Ashab : Dan hendaklah diperintahkan kanak-kanak supaya hadir kepada segala masjid dan segala himpunan solat agar mereka terbiasa dengannya.” (Kitab Mughni Al-Mutaj)

wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum membawa anak-anak ke masjid di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/09/2020

0 comments:

Loading...