Hukum Memotong Dahan Pokok Jiran

Posted on Sunday, June 21, 2020 | 6/21/2020



SOALAN 


Ohmedia dapat rasakan pasti ada di antara kita mengalami situasi dahan pokok jiran masuk ke rumah kita. Jadi, adakah kita boleh memotong dahan tersebut? 

JAWAPAN 


Hukum berkenaan dahan atau ranting pokok kepunyaan jiran yang masuk ke dalam kawasan rumah kita ada disebut seperti berikut :

Tersebut pada kitab Bughyah Mustarsyidin :

ولوانتشر اغصان شجرة او غروقها الي هواء ملك الجار اخبر صاحبها علي تحويلها فان لم يفعل فللجار تحويلها ثم قطعها ولو بلا اذن حاكم


Artinya : “Dan jika tumbuh dahan-dahan pokok atau tumbuh cabang-cabangnya ke udara milik jirannya hendaklah dia beritahu kepada pemilik pokok itu supaya dialihkannya.


Maka jika pemiliknya tidak mengalihnya maka harus bagi jiran itu mengalihnya kemudian harus ia memotongnya sekalipun tanpa kebenaran hakim.”

Berkata Imam Nawawi :


اذا خرجت اغصان الشجر الي هواء مالك الجار فللجار ان يطالبها بازالتها فان لم يفعل فله تحويلها عن ملكه فان لم يستطع تحويلها فله قطعها


Artinya : “Apabila keluar oleh ranting pokok kepada ruang udara milik jiran maka harus bagi jiran itu menuntut pemilik pokok itu menghilangkannya. Maka jika pemiliknya tidak melakukannya maka harus bagi jiran itu mengalihnya dari sempadannya. Maka jika tidak mampu mengalihnya maka harus baginya memotong ranting itu.” (Al-Majmu’)


Kesimpulan


Jika dahan atau ranting pokok jiran tumbuh masuk ke ruang tanahnya samada di atas tanah atau di ruang udara maka jika mahu dia boleh menyuruh tuan pokok mengalih dahan dan ranting itu keluar dari kawasannya. Jika tuan pokok tidak mengalihnya maka harus bagi tuan tanah mengalihnya seperti ditarik ranting tersebut masuk ke dalam kawasan tuan pokok itu semula.

Jika tidak mampu mengalihnya kerana besarnya maka harus tuan tanah memotong dahan dan ranting tersebut sekalipun tidak dipersetujui oleh tuan pokok.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum memotong
Dahan pokok jiran di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/21/2020

0 comments:

Loading...