Hukum Orang Yang Malas Menunaikan Solat

SOALAN

Ohmedia dapat rasakan ada di antara kita yang selalu meninggalkan solat. Jadi, apakah hukum bagi orang yang malas menunaikan solat lima waktu atau hanya sekali-sekala dia lakukan?

JAWAPAN

Berkata Dr Mustafa Bugha :

تارك الصلاة إما أن يكون قد تركها كسلاً وتهاوناً، أو تركها جحوداً لها، أو استخفاً بها:
فأما من تركها جاحداً لوجوبها، أو مستهزئاً بها، فإنه يكفر بذلك ويرتد عن الإسلام، فيجب على الحاكم أن يأمره بالتوبة، فإن تاب وأقام الصلاة فذاك، وإلا قبل على أنه مرتد،
ولا يجوز غسله ولا تكفينه ولا الصلاة عليه، كما لا يجوز دفنه في مقابر المسلمين، لأنه ليس منهم.
وأما إن تركها كسلاً، وهو يعتقد وجوبها، فإنه يكلف من قبل الحاكم بقضائها والتوبة عن معصية الترك. فإن لم ينهض إلى قضائها وجب قتله حداً. يعتبر مسلماً.


Artinya : “Orang yang meninggalkan solat itu ada kalanya kerana malas dan buat mudah dan adakalanya kerana ingkar akan wajibnya atau mempersendakan dengannya.


Maka ada pun orang yang meninggalkan solat kerana ingkarkan kewajipannya atau mempersendakannya maka sungguhnya dia menjadi kafir dan murtad ia dari agama Islam.

Maka wajib atas hakim menyuruhnya taubat maka jika dia bertaubat dan solat maka itulah. Dan jika enggan maka dihukum mati atas kesalahan murtad dan tidak harus dimandikan mayatnya dan tidak dikafankan dan tidak disembahyangkan atasnya sebagaimana tidak harus ditanam di perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi dari orang Islam.

Dan jika dia meninggalkan solat kerana malas dan dia beriktikad solat itu wajib maka diperintah oleh hakim dengan qadhanya dan bertaubat dari maksiat dan jika dia enggan maka dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan hudud meninggalkan solat dan dia masih dikira orang Islam.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

KESIMPULAN

Orang yang tidak solat lima waktu kerana ingkar akan wajibnya seperti dia berkata bahawa solat lima waktu itu tidak wajib maka dia dihukumkan telah menjadi kafir dan tidak boleh berurusan dengan sebagai orang Islam.

Orang yang tidak solat lima waktu atau dikerjakan ketika tertentu sahaja tetapi dia meyakini bahawa solat lima waktu itu wajib maka dia tidak kafir tetapi berdosa besar dan fasiq.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca resspon pembaca hukum orang yang malas menunaikan solat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media