Ini Laptop Paling Berbaloi Untuk Korang Beli Sekarang Ni!

Posted on Thursday, June 25, 2020 | 6/25/2020



Zaman sekarang ni laptop dah menjadi satu keperluan paling penting bukan sahaja kepada para pelajar, malah kepada graduan yang telah bekerja. Dengan laptop, kita dapat membuat pelbagai perkara dari urusan belajar, kerja, hinggalah kepada pelbagai hiburan seperti menonton Netflix, YouTube, dan pelbagai lagi hiburan di hujung jari.


Apa yang jadi keutamaan tentulah ramai yang mahukan laptop bukan sahaja cantik dari rekaan luaran serta spesifikasi yang baik, tapi dalam masa yang sama mahukan harga yang mampu milik.

Kalau tanya Ohmedia, memang banyak sebenarnya jenama yang boleh kita pilih. Salah satu yang paling terbukti diyakini bukan sahaja kat Malaysia ni malah seluruh dunia adalah Lenovo yang terkenal dalam menghasilkan pelbagai pilihan laptop berkualiti tinggi selama ini.

Paling terbaru, Lenovo telah melancarkan siri terbaru dalam barisan laptop mereka iaitu Lenovo IdeaPad Slim 5i. Lenovo meletakkan slogan F.I.T yang membawa maksud Fast, Intuitive, Trusted sekaligus menggambarkan keyakinan Lenovo dalam penawaran produk terbaru mereka kali ini ke dalam pasaran tech di dunia.


Kenapa nama laptop ni IdeaPad? Sesuai dengan slogan ‘It begins with an idea’ yang bermaksud sesuatu perkara yang besar itu pasti bermula dari kecil, dan keputusan yang kecil itu mampu membawa kepada perubahan yang besar dan memberi impak satu hari nanti.



Ia juga bermaksud kepada membuat sesuatu pilihan yang tepat untuk diri sendiri atau melakukan perkara yang betul untuk memberi inspirasi kepada orang di sekeliling kita untuk berubah. Jadi tak salah lagi kalau korang dapatkan Lenovo IdeaPad Slim 5i ni yang pastinya akan menjadi satu peranti yang akan membolehkan cita-cita menjadi realiti dan menemani korang pada waktu rehat. Awesome kan visi Lenovo ni?!


Jom tengok apa yang menarik kita boleh dapatkan dalam Lenovo IdeaPad Slim 5i ni. Ia hadir dengan sokongan Twin-Pipe thermal yang cukup berkuasa. Kamera hadapan pula dikuasakan dengan HD 720p resolution yang lebih dari cukup untuk korang lakukan video call bersama kawan atau meeting.

Sekiranya korang kerap melakukan kerja di luar, perkara yang paling penting adalah jangka hayat baterinya yang mampu bertahan sehingga 12 jam dan mampu melakukan pengecasan yang pantas kerana ia menggunakan USB-C (Data + PD + DP). Tak lupa juga dengan teknologi WiFi 6 yang dapat mencapai kelajuan WiFi yang diinginkan sewaktu berada di luar.


Menggunakan ram sebesar 8GB jenis DDR4 dimana ia memberikan kadar pemindahan yang lebih tinggi dan kecekapan kuasa yang lebih baik.

So guys, kalau dah ada plan nak beli laptop baru tu, inilah dia Lenovo IdeaPad Slim 5i yang patut korang miliki yang hanya berharga RM3,399 sahaja di pasaran Malaysia. Pasti akan mudahkan segala urusan harian korang lepas ni. Baca info lanjut dan buat pembelian di website Lenovo Malaysia.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/25/2020

0 comments:

Loading...