Ismail Sabri Akan Selesaikan Isu Duit Deposit Majlis Perkahwinan Tidak Dipulangkan


Ramai orang mahu menamatkan zaman bujang bersama pasangan pilihan pada tahun ini tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bakal pengantin terpaksa membatalkan tempahan majlis yang telah dibuat.

Sehingga kini pihak kerajaan masih tidak lagi membenarkan majlis perkahwinan diadakan seperti biasa kerana dianggap sebagai mass gathering ketika pandemik Covid-19 ni.

Bagi yang tidak dapat wang pendahuluan semula, Menteri Kanan Pertahanan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata Akta Covid-19 baharu itu akan dibentangkan di dalam Parlimen akan datang. Jika mendapat kelulusan dan diwartakan, mereka akan laksanakan akta tersebut.

Insya-Allah akta tersebut akan dibentangkan di dalam Parlimen akan datang dan jika kita dapat kelulusan, dan diwartakan, kita akan laksanakan akta tersebut. Isu-isu berkaitan seperti yang disebutkan tadi (wang pendahuluan tidak dipulangkan) akan dapat kita selesaikan.

Ohmedia harap korang yang terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan pada tahun ini dapat duit deposit semula. Bukan apa, kita mungkin dah bayar dalam jumlah yang banyak tetapi perancang perkahwinan pula taknak bagi balik duit kita kan. Hmm.

OHMEDIA: BOLEHLAH MIMIN PUN CLAIM NANTI DEKAT WEDDING PLANNER KALAU DAH ADA AKTA BARU.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.








Sumber: Oh! Media