Juliana Evans Tewaskan Artis Antarabangsa Dalam 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020

Posted on Sunday, June 14, 2020 | 6/14/2020



Siapa bilang gadis Melayu tak menawan?! Aha, kita ambil sikit lirik lagu Jamal Abdillah dan ia diutujukan khas buat pelakon cantik Malaysia Juliana Evans yang tersenarai sebagai wanita tercantik di dunia.

Baru-baru ini telah keluar senarai 100 wanita tercantik di dunia yang meletakkan pelakon terkenal Korea, Son Ye Jin sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020.

Tetapi siapa sangka undian yang dilakukan oleh laman Starmometer melalui laman sosial ini telah terselit nama pelakong dari Malaysia iaitu Che Puan Juliana Evans yang menduduki tempat ke-72 mengalahkan artis antarabangsa seperti Emma Stone ke-75 dan Taylor Swift ke-76.

Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi. Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira. Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya. - Ulas Juliana Evans.

Selain itu, artis Asia nampaknya terus mendominasi tempat teratas dengan mengalahkan artis Hollywood.

1. Son Ye Jin, SOUTH KOREA
2. Lalisa Manoban, THAILAND
3. Tzuyu, TAIWAN
4. Urassaya Sperbund, THAILAND


5. Jisoo Kim, SOUTH KOREA
6. Rose Park, NEW ZEALAND
7. Song Hye Kyo, SOUTH KOREA
8. Jennie Kim, SOUTH KOREA
9. Liza Soberano, PHILIPPINES
10. Sina Deinert, GERMANY
11. Sana Minatozaki, JAPAN
12. Priyanka Mazumdar, INDIA
13. Priyanka Chopra, INDIA
14. Sabina Hidalgo, MEXICO
15. Margot Robbie, AUSTRALIA
16. Gal Gadot, ISRAEL
17. Selena Gomez, USA
18. Mina Myoi, JAPAN
19. Nadine Lustre. PHILIPPINES
20. Emma Watson, GREAT BRITAIN

69. Melissa Benoist, USA
70. Katherine Langford, AUSTRALIA
71. Irina Shayk, RUSSIA
72. Juliana Evans, MALAYSIA


73. Han So Hee, SOUTH KOREA
74. Ivana Alawi, PHILIPPINES
75. Emma Stone, USA
76. Taylor Swift, USA


Kredit: Starmometer

+ Baca respon pembaca yang terpegun melihat kecantikan mereka di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/14/2020

0 comments:

Loading...