Kekecohan Tercetus, 12 Pekerja Pos Dapatkan Rawatan Angkara Durian!

Posted on Wednesday, June 24, 2020 | 6/24/2020



Siapa sangka, buah durian mampu menyebabkan kekecohan, sehingga membabtikan campur tangan pihak polis dan pasukan perubatan. Ini berikutan 12 pekerja pos terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat loya setelah menghidu bau yang kuat daripada sebuah bungkusan. Bagaimanapun kekecohan sebenar bermula selepas seorang kakitangan pos berkenaan curiga kerana terhidu bau yang kuat.

Sumber gambar dari Facebook Betreuungsdienst BRK KV Schweinfurt
Sebelum itu, pihak polis telah mengarahkan agar semua penghuni bangunan keluar, termasuklah 60 pekerja sebelum membuka bungkusan berkenaan. Ini kerana mereka menganggap bungkusan berkenaan sebagai berisiko tinggi akibat kandungan yang tidak jelas. Bagaimanapun hasil mendapati bungkusan berkenaan ada buah buah durian. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati buah berkenaan dari Thailand yang dikirim oleh seorang penduduk Scheinfurt untuk rakannya di Nuremberg.

Sumber gambar dari Facebook Betreuungsdienst BRK KV Schweinfurt
Peristiwa pelik durian dengan orang putih ni bukan berlaku sekali dua. Tahun lalu, sebuah perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana menyangka berlaku kebocoran gas namun sisatan mendapati bahawa bau berkenaan datang dari buah durian. Malahan program realiti seperti Fear Factor turut menjadikan buah durian sebagai salah satu cabaran kepada peserta program realiti berkenaan.

OHMEDIA: TERUK BETUL SAMPAI 12 ORANG MASUK HOSPITAL. TAKDA APA NAK CAKAP CUMA NAK GELAK JE, HAHAHAHA!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kekecohan tercetus akibat buah durian di Facebook Oh! Media







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/24/2020

0 comments:

Loading...