Kilafairy Tampil Imej Baru Dengan Berhijab

Posted on Sunday, June 07, 2020 | 6/07/2020



Alhamdulillah, Ohmedia rasa seronok apabila tengok ramai selebriti tampil dengan imej berhijab terutamanya pelakon dan penyanyi jelita, Syakila Nisha Jangir Khan atau lebih dikenali sebagai Kilafairy yang berusia 28 tahun.

Menerusi laporan Berita Harian, dia memilih untuk memakai tudung dan berhijrah untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik pada tahun ini.

Saya percaya niat yang baik akan dipermudahkan. Hati saya terbuka mahu mengenakan hijab. Saya membulatkan tekad tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa. Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan saya kekal istiqamah. Perubahan ini seiring dengan peningkatan usia dan kematangan diri. Saya percaya dalam hidup kita tidak boleh terus berada di takuk lama, perlu ada penghijrahan. Saya berhasrat mahu menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Sudah enam bulan saya menjaga penampilan diri, nyata saya selesa.

Cantik dan manis betul bila tengok pelakon filem Hoore! Hoore! dan Karak ni bertudung. Apapun, Ohmedia doakan agar Kilafairy terus kekalkan imej bertudung dan sekoga teurs beristiqamah ya!

OHMEDIA: WAH! DAH MACAM KACUKAN ARAB.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/07/2020

0 comments:

Loading...