Liam Payne Jual Banglo Mewah RM46 Juta

Posted on Monday, June 15, 2020 | 6/15/2020



Siapa jer tak kenal kumpulan One Direction yang pernah popular dengan lagu What Makes You Beautiful? Fuh, masa tu Ohmedia asyik nyanyi jer lagu diorang. Kebanyakan lagunya semua sedap sebab catchy. Kah!

Apa yang lebih menarik, salah seorang dari kumpulan tersebut iaitu Liam Payne memutuskan ingin menjual banglo mewah dibeli lima tahun lalu yang terletak di Calabasas, California dengan harga RM46 juta.


Pergh! Ohmedia pun tak mampu nak beli rumah dengan harga macam tu tau!? Dia nak jual rumah agam yang berkeluasan 9,700 kaki persegi disebabkan untuk kembali ke negara asalnya di United Kingdom.


Rumah mewah yang mempunyai lima bilik tidur dan lapan bilik mandi itu dilengkapi dengan studio rakaman, dim, bilik tetamu, bilik khas untuk meditasi, perpustakaan dua tingkat, ruang permainan, menonton filem dan kolam renang.

OHMEDIA: CANTIK BETUL RUMAH LIAM TAPI OHMEDIA TAK MAMPU NAK BELI. HUHU.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/15/2020

0 comments:

Loading...