Muatnaik Gambar Hidangan Malaysia, Cardi B Curi Perhatian Warganet

Posted on Monday, June 22, 2020 | 6/22/2020



Siapa sangka penyanyi rap terkenal, Cardi B telah mencuri perhatian warganet apabila dia memuatnaik beberapa posting mengenai hidangan yang sering digemari oleh rakyat Malaysia di Instagram Story (IG Story).


Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar berusia 27 tahun itu dilihat menikmati sup daging, bihun goreng, popiah, nasi dan karipap. Manakala untuk sarapannya pula adalah nasi goreng bersama ayam masak kicap.

Cardi B makan bihun PIBG, karipap dan popiah goreng? Cardi B tengah meeting dengan kementerian mana ni? -kata warganet


Rata-rata warganet meninggalkan komen yang agak mencuitkan hati. Kalau korang nak tahu, hidangan tersebut merupakan makanan biasa di negara kelahiran ibu bapa Cardi B yang terletak di Trinidad dan juga Republik Dominican.



OHMEDIA: WAH! TAK SANGKA MAKANAN DIORANG PUN SAMA MACAM KITA!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca suka makanan Malaysia di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/22/2020

0 comments:

Loading...