Mustahil Liverpool Dapat Atasi Manchester United!


Peminat bola sepak bagi Liga Perdana Inggeris (EPL) dilihat lebih gemar menyokong pasukan Liverpool selepas kejayaan mereka mempamerkan aksi yang konsisten bagi setiap perlawanan dan hanya memerlukan 6 mata sahaja lagi untuk bergelar juara selepas 30 tahun mengalami kemarau panjang.

Bagaimanapun, Manchester United tetap dilihat sebagai pemegang rekod yang baik dalam EPL. Jangan marah ya!


Ini diakui sendiri Jurgen Klopp yang meminta peminat menikmati kejayaan Liverpool menjuarai EPL tetapi meminta penyokong untuk melupakan hasrat untuk mengatasi rekod yang dipegang United.

Jika dilihat kepada jumlah gelaran yang dipegang, United telah mengumpul sebanyak 20 gelaran kejuaraan dan Liverpool hanya berada 1 mata di belakang United jika berjaya memastikan kemenangan bagi musim ini.

Bagi Klopp, kejayaan United ini datang dari kombinasi yang cukup baik, pengurusan yang luar biasa dan sumbangan Sir Alex Ferguson yang berjaya membawa United mendapatkan 13 kejuaraan.


Sejujurnya saya rasa mustahil untuk mendominasi. United mempunyai pengganti yang sentiasa luar biasa dan ada wang. Kombinasi untuk United sangat bagus. Kita mesti melakukan sesuatu yang tepat dan jelas. 
Percayalah pasukan lain tidak akan berhenti. United akan menyerang balas dan Chelsea berada pada langkah ke depan dalam pasaran perpindahan, sementara ada pasukan yang tidak melakukan apa-apa kerana keadaan tidak menentu. - Kata Klopp.

Klopp juga menyatakan yang dia berfikiran begitu selepas melihat kepada keadaan yang banyak berubah selepas dunia perlu berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19 yang pastinya menjejaskan semua industri, termasuk bola sepak.

+ Baca respon pembaca yang ikuti EPL di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media