Nokia 5.3 Bakal Masuk Ke Malaysia Tak Lama Lagi Dengan Cipset Snapdragon 665

Posted on Monday, June 29, 2020 | 6/29/2020



Tak lama lagi Nokia 5.3 akan memasuki pasaran Malaysia oleh pengedar Nokia Malaysia sendiri iaitu Macpie Distribution. Mesti ramai yang rindukan jenama Nokia kan? Buat masa ni, kita masih belum tahu harga dan tarikh pelancaran smartphone ni di Malaysia.



Nokia 5.3 ini hadir dengan skrin sebesar 6.55 inci IPS LCD beresolusi 720x1600. Cip pemprosesan yang dikuasakan adalah Snapdragon 665 bersama 3 pilihan bagi memori iaitu 3GB RAM bersama 64GB storage, 4GB RAM bersama 64GB storage dan 6GB RAM bersama 6GB RAM. Untuk bateri, ia hadir dengan 4,000mah bersama 10W charging menggunakan USB Type-C.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad kamera iaitu 13 megapixel sensor utama + 5 megapixel ultrawide + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula didatangkan dengan 8 megapixel.

Kredit: Macpie Distribution | GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari Nokia di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/29/2020

0 comments:

Loading...