Nokia Lancarkan Smart TV LED 43 inci 4K & Sokong Dolby Vision

Posted on Friday, June 05, 2020 | 6/05/2020



Bila kita dengar brand Nokia jer mesti terbayang semua phone lama seperti Nokia 3310, Nokia 7610 (Nokia daun), Nokia 6600 (Nokia sabun) dan sebagainya betul tak? Tapi kalini Nokia melancarkan sebuah smart TV gais! Rare pulak rasa bila tv brand Nokia ni. Ohmedia pun baru jer tahu yang Nokia dah keluarkan Smart TV walhal kalini dah kali kedua mereka keluarkan Smart TV, ketinggalan zaman betul!

Smart TV dari Nokia ni menggunakan Os Android bersama skrin sebesar 43 inci LED yang menyokong 4K HDR Dolby Vision dengan keterangan 300 nits gais. Ia dijana dengan CA53 quad-core bersama 2.25GB RAM dan storage sebesar 16GB.

Sumber gambar dari Gizmochina

Apa yang menariknya, Nokia 43’ ni hadir dengan speaker 24W JBL dengan Dolby Audio dan DTS TruSurround untuk pengalaman audio yang lebih baik. Namapun Android TV, jadi korang boleh download aplikasi dan game ni Google Play Store. Mana yang suka layan movie tu boleh layan Netflix dan youtube, siap ada hotkey pada remote’nya bagi memudahkan korang terus tekan jer bila nak tengok movie nanti.

Smart TV Nokia ni masih belum dilancarkan di Malaysia dan kalau masuk nanti, Ohmedia nak jadi orang pertama yang beli gais. Korang taknak ke pakai brand rare macam Nokia ni yang susah dah nak nampak zaman sekarang ni.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca Smart Tv Nokia 43' di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/05/2020

0 comments:

Loading...