Pawagam, Teater & Live Event Dibenarkan Bermula 1 Julai Mengikut SOP Yang Telah Ditetapkan

Posted on Monday, June 22, 2020 | 6/22/2020



Bermula 1 Julai ini, aktiviti pawagam, teater dan juga live event akan mula dibuka dan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan dan perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Semua aktiviti yang telah diumumkan itu hanya boleh beroperasi di kawasan tertutup dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Dari segi kawalan kemasukan, jumlah orang yang dibenarkan dalam sesuatu masa tidak melebihi 250 orang dan tertakluk kepada keluasan kawasan tersebut.

Apa yang penting, penjarakkan satu meter masih perlu diamalkan sekiranya berada dalam kawasan tersebut. Kalau tak sampai 250 orang yang boleh muat, maknanya itu jer bilangan yang boleh masuk. Seperti biasa, sebelum memasuki wayang ataupun live event tersebut korang akan disemak suhu badan, perlu memakai topeng muka dan cuci tangan menggunakan hand sanitizer.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca aktiviti pawagam dibenarkan bermula 1 Julai di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/22/2020

0 comments:

Loading...