Pelancaran Sony PS5 Dijadualkan Semula Pada 11 Jun Ini


Tarikh pelancaran PlayStation 5 sepatutnya berlangsung pada 5 Jun lepas (waktu tempatan) dan telah ditunda ke tarikh yang tidak diketahui selepas beberapa insiden besar yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini yang menggemparkan seluruh dunia.

BACA : Gamers Dunia Bengang Sony Tunda Pelancaran PlayStation 5 Disaat Akhir

Pasti ramai yang tertanya-tanya bila tarikh pelancaran gaming console terbaru mereka ni dan tak sabar untuk tengok sendiri design dan spesifikasi yang ada pasa PS5 tersebut secara rasmi kan?



Kalau korang nak tahu, PlayStation baru jer mengesahkan yang acara pelancaran PS5 akan dilangsungkan Khamis ini iaitu pada 11 Jun menerusi akaun twitter rasmi mereka. Wah! Tak sabar betul nak tengok pelancaran PS5 ni.


Menerusi TheVerge, PlayStation 5 ini dilengkapi CPU AMD Zen 2 8-core. Untuk memori, ia dilengkapi dengan 16GB RAM GDDR6 dan storage SSD sebesar 825GB. Walaubagaimanapun, Sony masih belum lagi berkongsi sepenuhnya tentang console gaming terbaru mereka ini dan korang kena tunggu acara pelancarannya kalau nak tahu lebih lanjut.

Kredit: TheVerge

+ Baca respon tarikh pelancaran terbaru Sony PS5 di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media