Peluang Spurs Untuk Layak Ke UEFA Musim Depan Masih Terbuka

Posted on Wednesday, June 24, 2020 | 6/24/2020



Saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi menyaksikan pertembungan antara Spurs dan West Ham di London. Beraksi di tempat sendiri memberi sedikit kelebihan buat Spurs untuk mengutip 3 mata penuh dan melonjak ke tangga ketujuh liga.


Bintang Korea Selatan, Heung Min Son berjaya menjaringkan gol pada minit ke-45 namun dibatalkan oleh VAR kerana offside. Bersambung separuh masa kedua, Harry Kane hampir mencetak gol pertama Spurs pada minit ke-59. Walaubagaimanapun rembatan beliau hanya melepasi tiang gol.


Akhirnya gol yang dicari Spurs terhasil 5 minit kemudian menerusi jaringan sendiri Thomas Soucek. Penyerang England, Harry Kane kembali menemui sentuhan apabila menyumbat gol kedua Spurs melalui satu gerakan solo sebelum melepaskan rembatan untuk menewaskan Fabianski. Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat.

OHMEDIA: SPURS MAMPU UNTUK MELONJAK KE TOP 4 LIGA JIKA KONSISTEN PADA KESEMUA BAKI PERLAWANAN

+ Baca respon pembaca Peluang Spurs untuk  ke UEFA musim depan masih terbuka di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/24/2020

0 comments:

Loading...