Pemandu Myvi Buat Hal, Rempuh Kedai Dalam Keadaan Mabuk!


Kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, seorang lelaki telah hilang kawalan sewaktu memandu dan bertindak merepuh sebuah kedai makan di Ampang pada jam 8.30 malam. Suspek yang memandu Perodua Myvi dikatakan turut merempuh dua kereta berhampiran sehinga menyebabkan kerosakan teruk.

Saksi berkata bahawa dia terdengar dentuman kuat di persimpangan jalan berhadapan kedai miliknya. Bercerita lebih lanjut, di mendakwa bahawa Myvi berkenaan telah melanggar sebuah kereta Perodua Bezza dari hadapan yang dipandu oleh seorang wanita yang datang dari sebelah kiri, menyebabkan Bezz berkenaan berpusing.

Sumber gambar dari Harian Metro
Akibatnya Myvi berkenaan terbabas dan merempuh kedai makan mereka menyebabkan seorang pelanggan yang sedang menunggu sate cedera dan berlumuran darah di kepala. Namun saksi tidak dapat mengesahkan sama ada dilangar atau dihempap meja.

Setelah rempuhan berkenaan, orang ramai yang berada di tempat kejadian menarik keluar pemandu Myvi berkenaan. Saksi mendapati bahawa pemandu berkenaan mabuk kerana mendapati terdapat dua tin minuman keras dijumpai di dalam Myvi berkenaan. Suspek bagaimanapun sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

OHMEDIA: INGAT DAH TAKDA KES NI. ADA LAGI RUPANYA. BILALAH NAK ADA UNDANG-UNDANG YANG KERAS TERHADAP PEMANDU MABUK NI.

Kredit: Harian Metro

+Baca respon pembaca pemandu mabuk rempuh kedai makan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media