Pemilik Butik Leeyanarahman Maafkan Pelanggan Yang Keluarkan Kata-Kata Kesat


Pemilik butik pakaian muslimah, Nur Liyana Abdul Rahman memuatnaik satu posting di Instagram Story (IG Story) di akaun miliknya, @yaana.lee memaparkan perbualan bersama seorang pengguna yang meminta maaf kerana memberi kata-kata kesat selepas tidak rasa puas hati dengan keluaran baju raya Leeyanarahman.

Walaubagaimanapun, Yana memilih untuk memaafkan pelanggannya dan menganggap bahawa ia adalah satu dugaan sebagai seorang ahli perniagaan. Beliau juga mengatakan bahawa dia menghargai pelanggannya yang sudah membangunkan dan menjadikan nama Leeyanarahman lebih dikenali.

Saya maafkan pelanggan-pelanggan yang maki hamun Leeyanarahman hari tu. Saya anggap benda ni dugaan dalam business. Banyak dugaan saya dalam business yang orang luar tak tahu. Hanya Allah je yang tahu. Makin besar business, makin besar dugaan dia. Orang kecam sebab dia "NAK BELI, NAK PAKAI tapi TAK DAPAT". Walaupun diorang marah maki hamun tapi saya tetap appreciate diorang. Tak ada diorang, tak ada Leeyanarahman. Cuma silap saya, tak dapat merealisasikan impian diorang nak pakai Leeyanarahman waktu raya. RAMAI yang dah sering dengan Leeyanarahman, its okay saya anggap semua ni dugaan. Kalau ALLAH cakap akan ada rezeki, maka ada lah rezeki nanti. Kalau DIA cakap rezeki sampai sini je, saya redha je. Yang penting kita jujur dalam business dan dah buat sehabis baik untuk semua orang.


Sebelum ini, jenama Leeyanarahman menjadi perhatian dan mendapat kecaman yang hebat daripada netizen pada bulan lepas kerana ada isu berpunca daripada masalah kilang di Guangzhou, China yang tidak menepati janji bagi menyiapkan koleksi baju raya untuk last batch walaupun sudah dibayar sepenuhnya.

OHMEDIA: SUDAH-SUDAHLAH TU GAIS. APA SALAHNYA KITA SALING BERMAAF-MAAFAN SEMASA RAYA NI.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media