Pengguna Lebuh Raya Boleh Singgah R&R, Patuhi SOP

Posted on Wednesday, June 10, 2020 | 6/10/2020



Wah! Ohmedia tengok pagi ni ramai yang dah mula panaskan enjin kereta. Nak rentas negeri ke tu? Alhamdulillah, akhirnya kelonggaran untuk merentas negeri dibenarkan dan sekarang jadi tanggungjawab kita pula untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan walau di manapun berada.

Untuk mereka yang menggunakan lebuh raya juga dibenarkan untuk singgah ke kawasan rehat dan rawat (R&R) serta dibenarkan juga untuk menunaikan solat di surau yang disediakan.

Dengan syarat petuhilah SOP yang ditetapkan di R&R, terutamanya tentang penjarakan sosial dan sentiasa pakai penutup muka. Restoran, gerai makan, kedai serbaneka juga telah dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 12 malam berbanding 10 malam sebelum ini.

Jika sebelum ini pihak polis perlu buat sekatan lalu lintas, sekarang mereka perlu melakukan pemantauan kepada pematuhan SOP setiap peniaga dan kawasan awam bagi memastikan keadaan terus terkawal.

OHMEDIA: NAMPAKNYA INI UJIAN SEBENAR UNTUK KITA PULA SELEPAS PASUKAN BARISAN HADAPAN SUDAH BERJUANG HABIS-HABISAN DALAM TEMPOH 3 BULAN INI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/10/2020

0 comments:

Loading...