Pengusaha Chalet Kembali Ceria

Posted on Wednesday, June 10, 2020 | 6/10/2020


Chalet Samudrakita.

Oleh : Izzat Al-Qushairi

SETIU, 10 Jun - Pengusaha Chalet Samudrakita, Mengabang Telipot di sini kembali menarik nafas lega apabila aktiviti pelancongan dibenarkan beroperasi bermula hari ini.

Nor Uzair Nor Ayub, 38, berkata kelonggaran itu adalah khabar indah kepada semua pengusaha rumah penginapan jangka pendek atau chalet selepas hampir tiga bulan tidak dapat beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

“Selepas pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kami mula menerima tempahan penginapan daripada orang luar negeri.

"Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas pengumuman itu apatah lagi hampir tiga bulan tidak beroperasi dan sangat terkesan dengan keadaan yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita.

Jelas beliau, pihaknya akan sentiasa mematuhi mematuhi prosedur operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Nor Uzair.

"Langkah pencegahan seperti sanitasi chalet supaya penginapan masing-masing sentiasa bersih dan selamat untuk tetamu bermalam dan ia akan dipastikan mengikut jadual.

"Selain itu SOP lain seperti memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan memastikan pengambilan tetamu dalam jumlah yang tidak terlalu ramai.

“Kami juga berharap pengusaha lain memenuhi SOP ditetapkan kerajaan demi menjaga nama baik industri kerana kita adalah duta kecil pelancongan di kawasan dan negeri masing-masing,” jelasnya.

Untuk rekod, antara tarikan utama kawasan chalet berkenaan ialah Warong Ikan Celup Tepung (ICT) Pak Nong, ICT Cik Su, Nasi Kerabu Pok Din, Bukit Maras dan Pulau Redang.

Kebanyakan pelanggan akan bermalam di chalet tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Perhentian atau ke Kelantan.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 6/10/2020

0 comments:

Loading...