Rebut Peluang Menangi Motosikal Yamaha Y15ZR, Honda Beat Atau iPhone XR

Posted on Wednesday, June 24, 2020 | 6/24/2020


Terengganu perkenal sistem Masuk.la menggunakan Kod QR bagi memudahkan maklumat pengunjung direkodkan. Foto ihsan - Sinar Harian
KUALA TERENGGANU, 24 Jun - Rakyat Terengganu kini berpeluang memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, motosikal Honda Beat atau iPhone XR melalui cabutan bertuah bagi penguna sistem Masuk.la.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihak urusetia sistem Masuk.la menyediakan hadiah istimewa bagi pengguna sistem ini di mana penilaian akan bermula pada 20 Jun 2020 hingga 20 Julai 2020.

"Ia melibatkan kategori pengguna bertuah (pemenang ditentukan secara cabutan bertuah), premis dan pejabat kerajaan. Pengguna yang dipilih sebagai pemenang berpeluang memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, motosikal Honda Beat atau iPhone XR.

"Bagi premis yang merekodkan jumlah pendaftaran pelanggan tertinggi akan menerima hadiah motosikal Honda Beat, Samsung Galaxy A71 dan Huawei Nova 7i berserta sijil manakala bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 hingga RM4,000," ujarnya.

Katanya, sistem Masuk.la merupakan sebuah aplikasi sesawang yang dibangunkan untuk memudahkan proses merekodkan kehadiran pelanggan khususnya rakyat Terengganu.

"Sistem yang dibangunkan anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn Bhd ini menggunakan teknologi Kod Respon Pantas atau 'Quick Response Code' (Kod QR)," katanya pada Majlis Pelancaran Sistem QR Code (Masuk.la) di KTCC Mall di sini baru-baru ini.
Ariffin Deraman.
Dalam perkembangan sama, Ariffin turut memberitahu, ketiga-tiga kategori cabutan bertuah dan pertandingan ini adalah bagi mengalakkan orang ramai mengunakan sistem Masuk.la sekali gus memastikan rakyat sentiasa patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Keputusan akan diumumkan pada 20 Julai 2020 dan pemenang akan dihubungi melalui pendaftaran nombor telefon di dalam aplikasi Masuk.la. Pemenang dan penguna yang bertuah juga akan diumumkan melalui media sosial rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.

Oleh itu, tambahnya, setiap penguna dan premis perlu mendaftar dengan maklumat yang tepat agar pihak urusetia dapat menghubungi penguna atau premis yang bertuah. Jika info yang diberikan tidak sahih, urusetia berhak untuk membuat pemilihan yang lain.

Pengunjung pula hanya perlu imbas Kod QR bagi mengesahkan kehadiran mereka. Pendaftaran pengunjung dan pendaftaran premis perniagaan boleh dilakukan menerusi laman web https://masuk.la/.




Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 6/24/2020

0 comments:

Loading...