Rembatan Roket Fabinho Pastikan Liverpool Hampiri Kejuaraan Liga


Juara Eropah, Liverpool hanya memerlukan 2 mata atau satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Dalam perlawanan liga awal pagi tadi menyaksikan anak buah Jurgen Klopp membelasah Crystal Palace 4-0 di Anfield.


The Reds berjaya membolosi gawang Crystal Palace pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma cantik yang diambil Trent Alexander-Arnold. Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama giliran Mohamed Salah pula meledak gol kedua Liverpool selepas menerima hantaran dari Fabinho.


Pemain tengah Brazil, Fabinho menjadi tumpuan selepas menghasilkan jaringan ketiga menerusi satu rembatan roket dari luar kotak penalti untuk menewaskan Hennessey. Penyerang Senegal, Sadio Mane menambah luka Crystal Palace selepas menyumbat gol keempat pada minit 69. Liverpol kini semakin hampir mengakhiri penantian selama 30 tahun untuk menjulang Trofi Liga Perdana Inggeris.


OHMEDIA: LIVERPOOL AKAN DINOBATKAN SEBAGAI JUARA LIGA JIKA MANCHESTER CITY TEWAS DI TANGAN CHELSEA AWAL PAGI ESOK. 

+ Baca respon pembaca rembatan roket Fabinho pastikan Liverpool hampiri kejuaraan liga di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media