Rupa-Rupanya 6 Tip Ini Boleh Bantu Masalah Kulit Jerawat!

Posted on Thursday, June 11, 2020 | 6/11/2020



Nampaknya gelombang Hari Raya Aidilfitri kedua sudah kembali selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan membenarkan kita untuk merentas negeri.

Tetapi walaupun sudah boleh jumpa kawan-kawan, satu masalah pula timbul sebab alami masalah kulit rosak seperti menggelupas, jerawat mula tumbuh dan nampak kusam sehingga membuatkan kita tiada mood untuk berjumpa orang.

Siapa sahaja yang tidak mahu kulit nampak licin dan berseri betul tak? Kadangkala bila lihat semua orang memuatnaik gambar raya di media sosial, kita pula rasa insecure dengan diri sendiri bila melihat kecantikan orang lain. Ohmedia nak kongsikan beberapa tip yang menarik untuk menyelesaikan masalah anda untuk tampil lebih yakin.

1. Amalkan diet yang seimbang



Ramai yang berpendapat makanan bukan punca kepada masalah jerawat timbul di muka tetapi jika melihat kata pakar jerawat dan jeragat, Dr Hassenah Hassan mengatakan ia sebenarnya bergantung kepada reaksi tubuh kita kepada makanan yang diambil.

Jerawat sebenarnya tumbuh adalah disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga tekanan yang melampau. Kita seharusnya peka dengan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan masalah jerawat.

Sebab itu kita perlu mengamalkan diet yang seimbang dan elakkan pengambilan karbohidrat glikomik yang tinggi seperti nasi putih, donut, pasta dan banyak lagi kerana ia boleh menyebabkan tubuh kita melepaskan hormon yang dipanggil sebagai insulin.

Kekurangan insulin dalam darah akan menyebabkan lebihan minyak dihasilkan dan dirembeskan oleh kelenjar minyak sehingga boleh meningkatkan risiko pertumbuhan jerawat.

2. Guna pembersih wajah yang sesuai



Kebanyakan orang mempunyai masalah untuk memilih pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing seperti normal, berminyak, kering dan kombinasi. Ada juga sanggup melaburkan duit yang lebih untuk produk kecantikan tetapi masih tidak berkesan.

Pembersih muka yang mahal mungkin tidak akan memberi hasil yang anda inginkan kerana sederhana pun boleh jadi yang terbaik untuk kulit anda. Pembersih ringan juga akan berkesan seperti pilihan yang lebih mahal sekiranya tanpa bahan-bahan yang banyak dan bebas pewangi.

3. Gunakan pelembap muka tanpa komedogenik



Sebelum kita membeli pelembap muka, pastikan kita kenal dahulu tekstur kulit yang sesuai dengan kita. Apa paling penting pastikan pelembap muka itu bebas minyak atau tiada komedogenik.

Pakai krim pelembap jika kulit kering. Jika kulit berminyak pula, kita boleh gunakan losyen atau gel ringan sahaja.

Kita juga perlu mengelak dari terdedah cahaya matahari atau ‘direct sunlight’ sebab jerawat memang rancak tumbuh dalam situasi ini. Jadi, pastikan kita guna pelembap yang bebas bahan pewangi dan mampu melindungi kulit wajah dari matahari serta bebas bahan kimia.

Pelembap Eucerin ProACNE Solution A.I. Matt Fluid ini memang menjadi pilihan wanita dan ia boleh dipakai pada waktu pagi untuk mengurangkan sebum di muka, memberikan kesan anti-bersinar selama 8 jam dan melegakan irritasi pada wajah.

4. Sapukan agen pencegah jerawat



Menurut American Academy of Dermatology (AAD), terdapat pelbagai cara untuk membantu melawan jerawat dan antara cara yang boleh kita amalkan adalah dengan sapu agen pencegah jerawat bagi mengecutkan jerawat. Sebelum tu, kita kena kenal dahulu jenis jerawat yang kita alami seperti jerawat komedonal, jerawat ringan, jerawat yang meradang dan jerawat dengan parut.

Jika tadi Eucerin ProACNE Solution A.I. Matt Fluid pakai waktu pagi, untuk Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni kita kena amalkan pada waktu petang. Ia mampu mencegah kemunculan semula jerawat dengan adanya 10% Hydroxy Complex.

Ramai sudah mencuba dan terbukti bahawa pelembap seperti Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment dan juga Eucerin PROACNE Solution A.I. Matt Fluid boleh mengurangkan jerawat dan kesan jerawat selepas 7 hari penggunaan.

5. Kaedah exfoliate (atau pengelupasan)



Anda pernah cuba kaedah exfoliate atau proses mengelupas? Kaedah ini mempunyai dua jenis iaitu pengelupasan secara bahan kimia dan pengelupasan secara fizikal untuk menghilangkan sel kulit mati pada kulit wajah. Ohmedia lebih sarankan jika anda melakukan pengelupasan secara fizikal seperti scrub mask kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

6. Concealer yang mampu menutup cacat cela di wajah



Pernah tak anda alami keadaan orang pandang pelik sahaja bila kita memakai alat solek ketika keluar? Kalau anda biasa gunakan alat solek untuk menutup cacat cela di wajah, sebenarnya cara itu salah. Ia hanya akan membuatkan wajah kita lebih berat dan berminyak gara-gara memakai foundation dan bedak asas sehingga boleh menimbulkan jerawat di wajah.

Bagi mengurangkan masalah ini, anda boleh gunakan Eucerin ProACNE Solution Correct & Control Cover Stick yang mempunyai asid salisilik bagi membuka ruang pori yang tersumbat dan melembutkan kulit wajah anda untuk mengelakkannya daripada tersumbat.

Untuk menggunakan produk ini, anda hanya perlu calitkan sedikit di kulit wajah dan amalkan 1 hingga 3 kali sehari sebelum memakai alat solek.



Untuk pengetahuan anda, Eucerin ProACNE Solution adalah jalan terbaik bagi mengatasi masalah-masalah di atas kerana ia adalah salah satu jenama terkenal bagi dermo-kosmetik yang telah dilancarkan pada lebih 100 tahun dahulu.

Ia telah terbukti secara klinikal tidak akan mengeringkan kulit anda dan sebanyak 94% orang bersetuju bahawa Eucerin ProACNE Solution ni adalah produk yang berkesan untuk mengurangkan jerawat dan kesan jerawat selepas 7 hari menggunakannya.

Wah, selepas ini tidak perlulah rasa insecure dengan penampilan anda di musim perayaan lagi. Anda boleh lihat gambar hasil selepas memakai Eucerin ProACNE Solution di bawah.


Kanan: Kesan Eucerin PROACNE Solution selepas 7 hari penggunaan

Produk dari Eucerin ProACNE Solution mampu mengubah mood raya anda dan tampil lebih yakin bersama orang tersayang. Akhir sekali, jangan lupa sertai Eucerin Acne Challenge pada 1 Jun sehingga 30 Jun 2020 untuk memenangi hadiah menarik. Psst! Kalau nak tahu, seramai 500 orang sudah sertai Acne Challenge ni.

Cara-cara penyertaan:


1. Beli mana-mana produk Eucerin ProACNE Solution
2. Muatnaik gambar/video di Facebook dengan kapsyen menarik mengenai bagaimana Eucerin ProACNE dapat memulihkan kulit anda selepas penggunaan 7 hari dan letak #Eucerin7DayAcneChallenge serta tag Facebook Eucerin Malaysia

Untuk info lebih lanjut tentang Eucerin ProACNE Solution dan Acne Challenge, anda boleh layari di sini. Semoga bermanfaat!
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/11/2020

0 comments:

Loading...