Saharul Ridzwan & Isteri Timang Anak Kedua

Posted on Sunday, June 14, 2020 | 6/14/2020



Akhirnya impian pelakon, Saharul Ridzwan menjadi kenyataan apabila isterinya iaitu Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir selamat bersalin anak perempuan di sebuah pusat perubatan pada pukul 4.20 petang semalam.

Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban. Doktor menasihatkan isteri dibedah biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal. Gementar lain macam kali ini. Berbeza dengan pengalaman pertama dulu. Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan.

Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa. Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada. Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak.

Alhamdulillah, tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasangan ini. Saharul Ridzwan dan Qabila Deena telah berkahwin pada 16 September 2016.

OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK WAJAH ANAK KEDUA DIORANG.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/14/2020

0 comments:

Loading...