Suami Raja Ilya Berlakon Dalam Drama Melayu


Siapa sangka suami kepada pelakon Raja Ilya, Trent Garret kini menjadi seorang pelakon di dalam sebuah drama Melayu. Wah, pandai betul Trent yang berasal dari Australia ni berlakon!

Latest film I featured in. New boyfriend, ex-boyfried conflict, lol. #newboyfriend #filmdrama

Video sedutan lakonan yang dimuatnaik oleh suami Raja Ilya berusia 39 tahun itu telah mendapat perhatian warganet. Apa yang lebih menarik, ramai orang memuji lakonannya seakan-akan tidak nampak 'kayu'.

Kalau korang nak tahu, ahli perniagaan itu telah mendirikan rumah tangga bersama Raja Ilya pada 23 Disember 2018 di kediaman saudaranya yang terletak di Perth, Australia secara majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Psst! Ohmedia rasa seronok bila tengok semakin ramai pelakon yang mempunyai darah kacukan dekat Malaysia ni. Apapun, Ohmedia doakan agar Trent Garret terus maju jaya di dalam industri hiburan. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: FUH, BUKAN BIASA-BIASA DIA BERLAKON!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.










Sumber: Oh! Media