Tersebar Video Ular Dalam Laci Kelas! Bomba Ingatkan Pihak Sekolah Periksa Kelas Sebelum Dibuka

Posted on Wednesday, June 17, 2020 | 6/17/2020



Sekolah nampaknya akan kembali dibuka semula pada bila-bila masa sahaja selepas ditutup selama lebih 3 bulan berikutan penyebaran pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Disebabkan itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu perkongsian di Facebook rasmi mereka mengingatkan pihak sekolah untuk memeriksa kelas, bilik khas dan semua laci meja kerana risau ada haiwan berbisa seperti ular.

Satu rakaman video yang menunjukkan anggota Bomba mengeluarkan seekor ular dai dalam kelas juga dikongsikan dan saiz ular berkenaan boleh tahan besarnya.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian tidak dimaklumkan dan di akhir video kita boleh lihat seorang pegawai Bomba sedang menunjukkan cara untuk menangkap ular.


Pada 24 Jun ini, pelajar tingkatan 5 dan 6 akan kembali memulakan sesi persekolahan selepas bercuti panjang dan kita harapkan agar semuanya berjalan lancar dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Kredit: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

+ Baca respon pembaca dan pelajar yang akan mulakan persekolahan di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/17/2020

0 comments:

Loading...