The Bridge Season 2 Bawa Penonton Lihat Sisi Gelap Dunia Underworld Gang Dengan Gabungan Malaysia, Singapura, Indonesia & Filipina


Banyak sangat layan movie sampai tak tahu nak tengok cerita apa lagi masa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni. Tapi siri yang Ohmedia paling nanti-nantikan adalah Viu Original terbaru, The Bridge Season 2 yang akan mula ditayangkan pada 15 Jun 2020 dengan 10 episod. Setiap episod akan ditayangkan pada setiap minggu pada hari Isnin jam 9 malam.

Terima Anugerah Asian Academy

Ramai tak sabar tunggu sambungan siri ni sejak The Bridge ditayangkan pada 26 November 2018. Siri hebat ini telah mendapat anugerah dalam Asian Academy Creative Awards 2019 kategori The Regional Award untuk Best Drama Series.

The Bridge Season 2 akan kembali dengan misteri pembunuhan yang lebih kejam dan setiap watak nampaknya ada agenda tersendiri.

Trailer rasmi The Bridge Season 2:


Barisan pelakon hebat dari Asia Tenggara

Megat dah jadi jahat ke? Itulah persoalan yang timbul selepas tonton trailer ni. Bront Palarae masih memegang watak utama dari Malaysia bersama Rebecca Lim dari Singapura, pelakon hebat Indonesia, Ario Bayu dan Joseph Marco dari Filipina.

Ramai lagi barisan pelakon yang berbakat disenaraikan dalam musim 2 ini seperti Wan Hanafi Su, Fikry Ibrahim dan Chew Kin Wah dari Malaysia, Lukman Sardi, Amanda Manopo dan Miller Khan dari Indonesia, Adrian Pang dari Singapura.

Pengarah TJ Lee, Jason Chong dan Zahir Omar.


Sinopsis

Kapal layar yang didaftarkan di Singapura hanyut di persisiran negeri Johor dengan mayat sebuah keluarga warga Indonesia di atas kapal tersebut. Hasil dari penyiasatan pembunuhan bersiri yang menyusuli kejadian ini, watak-watak dalam kisah ini terperangkap dalam pengkhianatan, tipu muslihat dan tragedi peribadi. Lebih gelap dan lebih rumit daripada musim sebelumnya, musim baru ini disulami dengan tema rasuah, dendam dan berlatar-belakangkan dunia gelap yang sinonim di rantau Asia.


Sebelum ini, juga telah berlangsung The Bridge Season 2 Virtual Launch Event di YouTube rasmi Viu Malaysia dan nampaknya penonton tak sabar nak nantikan tayangan episod pertama pada malam ini.


Kalau korang belum layan The Bridge Season 1 boleh terus ke www.viu.com untuk tontonan secara percuma dan korang boleh maraton The Bridge Season 2 hari ini. Boleh dapatkan aplikasi Viu di Google Play atau App Store sekarang!

“Adakah pengampunan boleh diberikan untuk manusia yang paling jahat?”



+ Baca respon pembaca yang suka dengan The Bridge di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media