(Video) Ainul Berjaya Duduk Sendiri & Merangkak, Perkembangan Ainul Buat Netizen Tersentuh!

Posted on Monday, June 22, 2020 | 6/22/2020



Ohmedia percaya ramai rakyat Malaysia yang akan melihat perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini mendapat perhatian akibat penyakit 'Germ Cell Tumour'.

Perkembangan terbaru Ainul Mardhiah yang sebelum ini sudah boleh bersuara dan memanggil ibu bapanya, sekarang Ainul sudah mula belajar merangkak.

Ini dikongsikan oleh bapa Ainul, Ahmad Safiuddin yang merakamkan saat-saat Ainul merangkak dan kakinya pula tersangkut.

Semalam pukul 4 pagi, mamanya terjaya ainul tendah duduk sambil tutup trachy dan keluarkan suara. Ya, pukul 4 pagi dan tengah duduk. Ainul memang dah boleh duduk, tapi ainul perlu didudukkan. Bukan duduk sendiri. Tapi sejak kebelakangan ini, ainul mula belajar duduk sendiri secara perlahan-lahan. - Tulisnya.


Untuk pengetahuan korang, umur Ainul sudah hampir 2 tahun dan walaupun agak lambat sikit untuk belajar merangkak dan berjalan, ini adalah satu perkembangan yang baik dan semoga Ainul terus bersemangat.

Bak kata bapanya, Ainul adalah seorang pejuang!

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Ainul di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/22/2020

0 comments:

Loading...